Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

3 Mei 2024, Jumaat (Putrajaya)
Presiden Persatuan Pengilang-Pengilang Peranti Perubatan Malaysia, En Johari Abu Kasim telah menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pihak Berkuasa Peranti Perubatan bagi tahun 2023 di Dewan Serbaguna, Aras 8, KKM, Blok E7, Putrajaya. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad (YB Menteri Kesihatan Malaysia).Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) merupakan majlis rasmi tahunan MDA sebagai penghargaan kerajaan dan pengiktirafan kepada pegawai perkhidmatan awam dalam melaksanakan kerja dengan cekap dan produktif, beriltizam tinggi serta mensyukuri nikmat mengikut Teras Perkhidmatan Awam.

Leave a Reply

Your email address will not be published.